Tuesday, October 31, 2023

UPSR Tidak Akan Dikembalikan – Menteri Pendidikan

 


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dikembalikan walaupun terdapat permintaan dari ibu bapa yang ingin melihatnya dijalankan semula. Beliau menyatakan bahawa pada masa ini, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memberi tumpuan kepada kurikulum 2027 melalui jelajah atau perjalan untuk mendapatkan pandangan umum mengenai kurikulum pendidikan yang baharu.

“Kita minta ibu bapa beri tumpuan kepada jelajah dah jerayawara ini kerana kita mahu libat urus yang meluas untuk input-input memperkukuhkan sistem pendidikan negara.\

“Sekarang ini kita nak beri tumpuan kepada pentaksiran holistik kepada anak-anak kita khususnya pembangunan mereka secara keseluruhan bagi memastikan mereka (karakter) boleh diperkukuh,”

Sejajar dengan pemansuhan tersebut, Mohd Radzi menyatakan bahawa pihaknya akan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk menilai pencapaian murid dan pelajar yang terlibat.

Sunday, October 22, 2023

Untuk Mereka Yang Bercadang Bersara Awal


 

Umur paling awal bagi pegawai yang memilih skim pencen untuk bersara pilihan adalah 40 tahun. Dengan syarat tambahan, tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira adalah cukup 10 tahun sekurang²nya. Maksudnya, tempoh yang boleh dimasuk kira setelah tolak tempoh yang tidak boleh diambil kira seperti Cuti Tanpa Gaji (CTG), Cuti Sakit diambil yang melebihi kelayakan dan tempoh tidak hadir bertugas tanpa sebab yang munasabah (masa ni, tempoh tersebut, tindakan yang diambil adalah tidak dibayar gaji pada hari yang tidak hadir bertugas). Bagaimana pula dengan Cuti Separuh Gaji pula? Jenis cuti ini, tidak akan tolak tempoh. Jenis cuti ini, tempohnya boleh dimasuk kira, untuk pengiraan faedah persaraan. Apa pun, kena cukup dua tu dulu umur sekurang²nya 40 tahun dan tempoh cukup 10 tahun perkhidmatan sekurang²nya, baru boleh laksanakan tindakan selanjutnya yang lain. Itu yang asas. Boleh dah melayakkan pegawai menerima kad pesara kalau bersara. Pegawai ini juga boleh layak terima Ganjaran Perkhidmatan dan Award Gantian Cuti Rehat (GCR), kalau ada simpanlah. Namun demikian, tiada istilah persaraan pilihan bagi pegawai yang berada dalam Skim KWSP.


CUTI SEMPENA DEEPAVALI


 

Sekolah akan bercuti bermula: Kump A 10 Nov 2023 - 13 Nov 2023 Kump B 11 Nov 2023 - 14 Nov 2023

Guru jadi jutawan







Seorang guru dari Teluk Intan, Perak, Azila Yahya, telah dinobatkan sebagai Jutawan Al-Awfar ke-40 dengan menerima hadiah bernilai RM1 juta.

Manakala, 11 pemenang lagi menerima hadiah utama cabutan bulanan dan suku tahunan, masing-masing berupa wang tunai bernilai RM20,000 hingga RM100,000.

Turut diadakan, Cabutan September 2023 Al-Awfar secara langsung untuk mencari Jutawan Al-Awfar ke-41 melalui Cabutan Jutawan serta 744 pemenang dari tiga kategori Cabutan Bulanan dan dua Kategori Cabutan Suku Tahun ke-3.





Pengakap perkenal seragam baharu selepas 115 tahun




 ALOR GAJAH – Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) buat pertama kali selepas 115 tahun penubuhannya akan memperkenalkan pakaian seragam baharu untuk digunakan 600,000 ahli mulai tahun depan.

Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, Datuk Zamani Tambichek berkata, pakaian seragam itu lebih menarik dan efektif dengan reka bentuk baharu termasuk warnanya.

Menurutnya, keputusan menukar pakaian seragam mengambil tempoh selama setahun sembilan bulan sebelum diluluskan di peringkat tertinggi persatuan.

Katanya, ia bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Disember ini.

“Idea ini timbul kerana kita merujuk kepada pasukan beruniform seperti tentera, polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang sudah bertukar pakaian seragam sebanyak tiga kali.

“Tetapi pengakap usia penubuhannya sudah mencecah 115 tahun, sekalipun kita tidak pernah tukar uniform dan kali ini atas persetujuan semua pihak buat pertama kalinya, seluruh ahli menggunakannya Januari tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Jota-joti Kebangsaan 2023 di Kem Pengakap Datuk Tambichik Karim, Pengkalan Balak di sini, hari ini.

Tambahnya, pakaian pengakap sebelum ini hanya ditukarkan daripada seluar pendek ke seluar panjang.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, skaf digunakan ketika ini juga akan ditukar warna kerana ia serupa dengan yang dipakai pengakap di United Kingdom (UK).

Menurutnya, PPM akan memberi kelonggaran selama setahun kepada ahli untuk menggantikan pakaian seragam lama kepada yang baharu.

Sementara itu, berkenaan Jota-joti Kebangsaan, ujarnya, ia diteruskan setiap tahun kerana menjadi platform kepada ahli untuk membentuk sahsiah dan jati diri.

“Itu adalah selaras dengan visi PPM untuk menjadi pertubuhan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari yang akan melatih golongan muda negara menjadi warganegara aktif,” katanya.

Thursday, October 19, 2023

Kenaikan Gaji RM300 Wajar – Cuepacs


 KUANTAN: Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat menyatakan bahawa cadangan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300 adalah wajar dan patut dipertimbangkan dalam Belanjawan 2024.

Beliau menjelaskan bahawa cadangan tersebut berdasarkan fakta bahawa kenaikan gaji terakhir untuk penjawat awam hanya dibuat 10 tahun yang lalu, tetapi peningkatan kos sara hidup berterusan.

Oleh itu, beliau menyatakan bahawa cadangan tersebut adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan oleh kerajaan, terutamanya dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang dijadualkan pada tahun 2025.

“Kenaikan gaji kami yang terakhir ialah kira-kira 10 tahun lalu. Amat tidak adil kepada penjawat awam dalam tempoh itu, tidak ada satu pun kenaikan dicadangkan kerajaan.

SEMAKAN PKSK 1 2026

  SEMAKAN TAWARAN BOLEH DIBUAT PADA PAUTAN LINK DI BAWAH https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm